Jamuan Kelas .



Hye . Assalamualaikum . Selamat petang pak :D . Sihat ? . Aku kat sini sihat sihat je , heheheeh . 21/9 bersamaan hari Jumaat , penghulu segala hari . Selepas solat Jumaat , guru kelas mengadakan jamuan kat rumah dia . Kat mana ? Tak payah lah nak sibuk :P . Dah takde idea nak update , so aku ambik tajuk ni walaupun dah lama berlalu . Ah lantak ah ! :D . Lelaki sibuk membakar ayam dan kerang . Perempuan pula menyusun makanan . Hahahaha , kesian lelaki kena bakar ayam . Takpe takpe rilek je bro . Ceewah xD .

Bergambar dahulu sebelum update . Tika sedang mencari idea xD .

Me and Sarah . Jiran sebelah dalam kelas . Dia selalu ajar aku math :')

                                 

Dah selesai makan apalagi bergambar di luar rumah cikgu menggelak diri untuk mengemas . Hahaha . xD . Dari kiri - Sarah Amira , Siti Sarah , Fazlina , Nurul Fatin and Me .

                                 

Selepas sampai , kejap ke dapur . Tapi tak de tugas nak buat apa , jadi layan fon sekejap . Pastu baru lah tolong orang . Sempat lagi bluetooth lagu . Sori , terposing gedik pulak :PP

Memang penat . Ramai yang cakap , balik umah je terus terbongkang walaupun tak banyak buat kerja . Hahahaha . Penat makan je . Anyways , memang best lah . Aku memang tabik dengan korang semua . Terutamanya orang yang bakar ayam dan kerang . Ahaks . 2 Opal ♥ .

Lupa pulak nak tambah :/ . Lepas semua dah makan , adalah jurugambar tak bertauliah , ramai lah berapa orang tah :/ . Kebetulan ada orang pasang lagu Gangnam Style , jadi seseorang mencadangkan supaya semua yang nak bergambar tu buat gaya gangnam style . Semua buat tak kira lelaki atau perempuan . Cikgu tengah makan , jadi kitaorang port tempat mengambil gambar dekat dengan dapur . AWESOME ! Banyak gambar diaorang tangkap . Maklum lah ramai jurukameranya . Ahaks . Kay lah stop kat sini . Nak buat cite baru . Kay Bye Assalamuaalaikum bro !


p/s : kalau story tak best , aku minta maaf lah .