Our Promise (Short Imagine)




Sedang kau melayani perasaan sendiri , kau tersenyum sorang sorang . Kau merasakan dunia ni kau yang punya sebab kau berasa bahagia disamping seseorang . Ye disamping seseorang . Seseorang yang telah berjaya mencuri hati kau dan dia juga berjaya menakluki hati kau . Ye orang itu ialah Oh Sehun . Ye , Oh Sehun yang berjaya mencuri hati kau . Sedang kau leka melayan perasaan , tiba tiba telefon kau berbunyi minta diangkat . Kau tersenyum . Kau dah agak siapa gerangan orang yang menelefon kau .

Seseorang : Annyeong yeobo ~ah ! Ni saya , Oh Sehun .
Kau : Annyeong jagiya ! Haha saya dah agak dah tu awak . Tak perlu nak memperkenalkan diri bagai .
Sehun : Haha saja je . kenapa ? terkejut ke ? Saje je nak bagi surprise haha
Kau : Hahaha tak terkejut pun . *kata kau sambil menjelir lidah walaupun Sehun tak nampak * Kenapa awak call ni ?
Sehun : saya nak ajak berjumpa hehe . boleh tak yeobo ah ?kat tempat biasa tau .
Kau : Berjumpa ? Of course lahhhh ! *menjerit*
Sehun : haishh awak ni agak agak lah nak jerit pun mau bernanah plus kelaur dah kang nanti camna nak berjumpa nanti.............bla bla bla .
Kau : yelah yelah ok alright saya nak bersiap lah ni . okay bye
Sehun : Tau pun tak nak kena bebel
Kau : hehe tau pun . okay bye jagiya .

Kau terus mematikan perbualan . Kau kena siap cepat , kau tak mau Sehun menunggu kau terlalu lama . Kau bukan seperti gadis lain kena make up dulu sebelum berjumpa . Kau hanya perlu mencari pakaian yang sesuai saja . Tak perlu lah dengan calitan make up apa apa . Natural face is better .

Hmmm nak pakai baju apa eh ? Hah lantak lah janji dapat jumpa dengan Oh Sehun ku itu haha. Kau terus mencapai baju yang kebetulan ada di hadapan kau .Setelah selesai membersihakan diri , kau segera menyiapkan diri kau . Setelah kau berpuas hati kau terus keluar dari rumah untuk berjumpa "fruit heart" kau .
Kau tiba di tempat selalu kau berjumpa dengan Sehun . Dari jauh kau dah nampak kelibat Sehun yang sedang menunggu . Kau tersenyum bahagia . Kau tak sabar untuk berjumpa dengan Sehun lalu kau melangkah dengan begitu laju .

Kau : Annyeong jagiya !
Sehun : Annyeong , sampai pun akhirnya . Oppa dah lama tunggu .
Kau : Dah lama tunggu ? Miannhaeeee oppa .*tunduk*
Sehun : Hahaah exo-k , atleast awak datang hehe
Kau : Waeyo oppa ? Wae oppa nak jumpa saya ?
Sehun : oppa jumpa awak sebab oppa nak melamar awak *kata sehun sambil memandang kau*
kau : bo ? biar tembikai oppa *terkejut*
Sehun : i'm seriously jagiya .*muka serious*
Sehun : _________ y/n , be my girl ?

Sehun terus menyarung cincin tu ke jari manis . Tanpa sedar , kau mengalirkan air mata kerana terlalu bahagia . Saat ini lah yang kau ternanti nanti kan . Selama ini kau hanya mampu berangan tapi kali ni ia berlaku secara realiti . Dilamar oleh seseorang , seseorang yang kau cintai dan dicintai .

Sehun : Baby don't cry . *usap air mata kau. Oppa tak nak ada air mata mengalir dari mata bundar awak tu *tenung anak mata kau
Kau : mianhaee oppa , terover pulak hehe *tunduk
Sehun : Ohh exo-k jagiya . Oppa akan jaga dan menyayangi awak hingga hujung nyawa oppa  .
Kau : okay oppa , saya akan tunggu .
Sehun : jom balik , dah malam ni .
Kau : Nae !
Sehun : Oppa hantar awak balik sampai ke rumah ya !
Kau : Nae oppa . Gomawooo ! susahkan oppa je !
Sehun : Hahaha it's okay babeh . Asalkan awak selamat !
Kau : *tersenyum*

Kau dengan Sehun jalan berpegangan tangan bersama sama . Tetapi malang tidak berbau . Sedang kau berjalan bersama sama Sehun , ada sebuah kereta yang hilang kawalan ketika itu kau sedang berdiri di tengah jalan raya . Adakah ia akan berakhir ? Macam mana dengan Sehun ? kata kau pada diri sendiri sambil memejam mata . Kau berharap yang berlaku semua ni hanya lah mimpi semata mata . Namun kau merasakan badan kau ditolak oleh seseorang terus kau membuka mata dan kau melihat Sehun sendiri di langgar oleh kereta kerana mahu menyelamatkan kau . Kau melihat dengan anak mata sendiri Sehun terpelanting selepas di langgar oleh kereta itu . Kau terus berlari ke arah Sehun . Kau menangis semahu mahunya selepas melihat keadaan Sehun yang tidak sedarkan diri .

Sehun oppa , maafkan ____________y/n . Kerana saya , oppa tercedera . Kata kau sambil menangis . Kau cuba sedarkan Sehun namun tidak berjaya .
Oppa ! bangun oppa ! bangunlah oppa . Oppa tak sayang saya ke ? soal kau sambil menangis . Namun Sehun tidak bergerak walaupun seinci .

DI HOSPITAL GANGNAM

Sehun dirawat di dalam icu kerana kecederaan agak parah . Kau mundar mundir di depan bilik itu . Hati kau tak putus putus berdoa supaya Sehun dapat diselamatkan . Kau risau gila pasal Sehun . Kau takut kehilangan dia . Kehilangan dia buat selama lamanya . Kau tak sanggup hadapi semua ni .

Setelah beberapa jam , Sehun selamat melakukan pembedahan . Kau nampak doktor yang merawat Sehun itu keluar dari bilik pembedahan kau terus meluru ke arah doktor itu untuk bertanyakan tentang Sehun .

Kau : Doktor , macam mana dengan Sehun ? *risau
Doktor : Awak ni ahli keluarga dia ke ?
Kau : Saya hanya kawan dia je . tolong lah bagi tau .
Doktor : Melalui pembedahan kami , kecederaan beliau agak parah . Dia hilang ingatan . Dia tak ingat perkara masa lalu akibat hentakan yang kuat . 30/70 dia ingat perkara silam . Maafkan kami , kami dah cuba sedaya upaya .*berlalu pergi*

Kau terduduk selepas mendengar penerangan doktor . Semua yang berlaku ni dalam sekelip mata je . Kau memejamkan mata kau berharap apa yang berlaku semua ni hanyalah mimpi yang sedang kau mengalami . Kau berharap kau masih lena diulit mimpi yang indah . Namun semuanya sudah berlaku dengan begitu pantas . Kau masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku .

AFTER 3 DAYS .

Kau masih melawat Oh Sehun walaupun dia masih tidak sedarkan diri . Kau melihat dirinya yang baring terkaku , matanya tertutup rapat . Mukanya nampak tenang seolah olah sedang tidur .

Oppa , bangunlah . Oppa tak sayang saya lagi ke ? Oppa bangunlah bukak mata oppa . Oppa ingat tak janji ? Oppa kata oppa akan jaga dan menyayangi saya sampai hujung nyawa oppa . Tapi sekarang kenapa oppa tak bangun ? Mianhaeee oppa sebab saya , oppa macam ni . Kata kau sambil menangis . Tangan kau memegang erat tangan Sehun. Kau terus memejamkan mata untuk menghalau mimpi ngeri itu .Tak lama kemudian , kau merasakan tangan Sehun mula memegang erat jari jemari kau . kau membuka mata , kau lihat Sehun dah sedar !

Kau : Akhirnya oppa dah sedar !
Sehun : Aku kat mana ni ?
Kau : Oppa kat hospital sebab oppa kemalangan .
Sehun : Okay and kau ni siapa pulak ?
Kau : Sayalah __________y/n . Tak kan oppa tak kenal ?
Sehun : __________y/n . Siapa eh ?

Sehun cuba untuk mengingati kau , tiba tiba dia rasa sakit kepala . Dia memegang kepala dia . Siapakah _________y/n . Adakah aku kenal dia ? Kenapa dia panggil aku oppa ? Apa kaitan aku dengan dia ? Arghhhhh ! jerit Sehun dalam hati kerana dia gagal mengingati kau .

Kau : oppa dah kenal saya dah ?
Sehun : kau tolong keluar dari bilik kau .
Kau : Ta...........tapi oppa ............*terkedu*
Sehun : Kau tolong keluar sekarang lah ! sekarang aku kata ! SEKARANG !*jerit*
Kau : Arrasso *menangis* Esok saya akan melawat oppa lagi
Sehun : KELUAR LAH ! KAU NI PABO KE HAH ?

Kau terus keluar dari bilik itu kerana tak tahan dengan herdikan Sehun tu . Air mata kau laju membasahi pipi . Sampai hati oppa buat saya camni . Mana janji oppa semua tu ? Oppa tipu saya ! SAYA BENCI OPPA ! Esok saya akan melawat oppa lagi . Saya harap oppa akan ingat siapa saya . Kau terus melangkah berat untuk meninggalkan bilik itu dengan tangisan . 

KEESOKKAN HARINYA .

Kau bersiap keluar dari rumah untuk melawat Sehun . Dan kau berharap agar Sehun akan mengingati kau . Kau terus melangkah pergi ke hospital dimana Sehun dirawat . Sampai di Hospital Gangnam .

Kau : *ketuk pintu* Annyeong..
Sehun : Annyeong . Kau nak apa lagi hah ?
Kau : Sayalah _________y/n . Oppa still tak ingat lagi ?
Sehun : Aku tak ingat lah siapa kau ! Kau boleh keluar tak sekarang ?!?!?!
Kau : Sampai hati oppa buat saya camni , mana janji oppa selama ni ?
Sehun : Janji ? JANJI APA HAH ? *jerit*
Kau : Sampai hati oppa ...............*menangis
Sehun : Kau sini , kau pandang muka aku ni *tarik kau*
Kau : Waeyo oppa ? *kau pandang kearah Sehun *

Sehun pandang kau , tidak semana mana dia terpandang anak mata bundar kau . Dan dia teringat segala kenangan kau dengan dia .Kenangan korang gelak sama sama , makan aiskrim sama sama . Kenangan korang berjumpa kat tempat biasa . Dan dia teringat waktu kau hampir dilanggar dan dia cuba menyelamatkan kau .  ____________y/n jagiya aku ? Tetiba dia terasa kepala dia pening . Ye aku dah berjaya mengingati siapa kau _________y/n . Ye kau lah kekasih aku .

Sehun : mianhae ________y/n . Oppa dah ingat siapa awak .
Kau : Takpe , oppa kan sakit .
Sehun : *terdiam**
Kau : Oppa saya nak minta maaf , sebab saya oppa camni . Kenapa lah saya yang tak kena ? Kenapa mesti oppa
Sehun : *letak jari dia di bibir kau* Oppa selamatkan yeobo ah sebab tak nak ayang cedera . Oppa tak sanggup tengok ayang cedera . *picit hidung kau*
Kau : Auwww oppa you're so sweet . *tersenyum
Sehun : Maafkan oppa sebab buat ayang menangis kerana oppa . Sekarang ni oppa tak benarkan air mata ayang membasahi pipi ayang walaupun setitik . Oppa janji akan jaga & menyayangi ayang sampai ke hujung nyawa oppa ! SARANGHAE _______________y/n *jerit
Kau : Haishhh oppa , buat malu jelah . Kat hospital ni . *cubit pinggang Sehun*
Sehun : Auwww sakit lah , ketam juga tangan ayang ni kan ? *cubit pipi kau*
Kau : Haishhh jangan lah oppa !
Sehun : Tengok tu !
Kau : Tengok apa ? *pandang tempat lain*
Sehun : *cium pipi kau*
Kau : OPPAAAAAAAAAAAAAAAAAA ! Apa ni oppa !!! *jerit
Sehun : Hehehe ayang kalah *jelir lidah
Kau : Oppa ni tak padan dengan sakit lah dia ni . Haiyooo *mengeluh * Pergi kat tingkap*
Sehun: Oppa dah tak sakit lepas tengok muka ayang yang comel ni *back hugs * *cium pipi kau*
Kau : Saranghaeyo Sehun oppa !
Sehun : I always love you , really love you *bisik kat telinga kau*

-TAMAT-